2 perkara yang Anda TAK TAHU berkenaan insurans

1)Insurans Hayat BUKAN menilai Nyawa seseorang

Salah faham yang ramai orang di luar sana menidakkan Insuran kerana bagi mereka,

“NYAWA bukan boleh dinilai dengan WANG”.

Sebenarnya Insurans adalah memBANTU stabilkan kewangan kita sekiranya terjadi masalah kesihatan atau kematian mengejut yang memerlukan jumlah wang yang besar.

Dan insurans hayat paling pentingnya adalah apabila kematian yang tak dijangka dan ianya akan mengurangkan bebanan ahli keluarga yang masih hidup untuk meneruskan kehidupan seterusnya.

Sekiranya, si suami yang pergi dulu, sekurang-kurangan ada bekalan untuk si isteri menjaga anak-anak. Hanya mereka yang memikirkan masa depan jer yang akan ambil tahu  tentang kepentingan ini.

ada hutang (lifeprotectionmalaysia.com)

2) Insurans Hayat Boleh JADI MAHAL tapi Boleh JADI MURAH giler.

Situasi 1

“Insurans Hayat Mesti Mahal,  mana aku mampu “, kadang-kadang mereka anggap mahal kerana mendengar cerita orang lain tambah-tambah cerita berkenaan orang yang tak sama umur dengan mereka dan berbeza jantina.

Saya pernah membuat quotation untuk sahabat saya sendiri yang bernama Zulhilmi. Beliau 30 tahun, tidak merokok dan sihat, berkerja kelas 2. Berapa perlindungan Perubatan dan Pendapatan untuk beliau?

Ini adalah cadangan saya pada beliau : Allianz Powerlink Medisafe Infinite

 LELAKI 30Tahun,Kerja Kelas 2 RM
Monthly premium   220
Benefits:
1 Life/Total permanent disability (up to age 100)   50,000  
2 HealthCover Plus – Critical Illness (up to age 100)   50,000
3 Allianz takes over payment of premium upon diagnosis of critical illness (up to age 100) YES
4 Personal Accident (PA) 10,000
5 Weekly Imdemnity for PA 100  
 MediSafe Infinite  
6 Medical card for hospitalisation & surgical (up to age 91)   R&B 200
Annual Limit   1,000,000  
  Lifetime Limit   Unlimited

Ok, Saya “Highlite” Merah untuk saya detailkan :

Rujuk No.

1)  Life/Total permanent disability (up to age 100)50K

Ini adalah wang bantuan kepada waris anda sekiranya anda pergi dahulu. Waris anda akan bantu anda untuk langsaikan hutang sana sini dan sekiranya ada anda anak, bantuan kewangan ini adalah bahagian untuk anak anda untuk teruskan kehidupan mereka. bagus tak?

2) HealthCover Plus – Critical Illness (up to age 100) – 50K

Sekiranya kita menghidapi penyakit yang kritikal(jangan fikir aku takkan kena, sebab mereka yang kena adalah manusia dan anda pun”manusia”, jadi tak mustahil). Bantuan kewangan ini untuk anda sekeluarga sendiri teruskan kehidupan setelah terkena sakit kritikal dan tak mampu bekerja lagi.

Nak kerja? Doktor sudah nasihat untuk tidak berkerja, tapi sekira PAKSA juga berkerja (takut2 company tempat kerja bising/Buang kerja sebab cuti banyak) Bagaimana prestasi kerja anda nanti ? prestasi sama ke semasa sihat dengan sakit?.Dan dua(2) pilihan Company tempat kerja anda akan buat ,sekiranya anda asyik cuti-cuti dan prestasi kerja teruk akibat menghidap sakit kritikal :

  • Cuti TANPA Gaji 
  • Diberhentikan Kerja  

Masa itu pendapatan anda akan STOP dan cuma berbaki simpanan.

Bagaimana Bil-Bil bulanan anda? elektrik?Air ?..Astro?

Bagaimana Loan Kereta,Loan Rumah bulan-bulan ?

Bagaimana Keperluan Harian anda?

Bagaimana dengan keluarga anda?                                                                                                                                       

Anda boleh jawab sendiri 🙂

3) Allianz takes over payment of premium upon diagnosis of critical illness (up to age 100)

Allianz akan ambil alih untuk membayar insurans anda sekiranya terkena penyakit kritikal, senang cakap anda tak perlu la bayar insurans bulan-bulan. Ingat, Ini investment link tau, sekurang-kurang duit anda tak “burn” begitu saja. At least ada cash value untuk anda nanti walaupun anda sakit dan tak mampu berkerja lagi. Ok tak?

6) Medical card for hospitalisation & surgical (up to age 91)

Ini Terbaik, Bantuan Kewangan untuk perubatan sehingga umur 91 dan lifetime unlimited. Kebanyakan orang kita tak pernah tengok bill hospital dan mereka ingat murah dan akan dapat bantuan dari mana-mana untuk bayar bill tapi..itu hanya tanggapan untuk menyenangkan hati sendiri.

Saya nak tanya anda :

-Andainya anda sakit, perlukan rawatan LAMBAT atau CEPAT?…orang kurang waras jer akan jawab “lambat”

-Ok, Kalau nak CEPAT, di hospital kerajaan atau swasta akan beri rawatan segera?..anda boleh jawab sendiri.

Note: Saya hanya petik no. 1-2-3 dan 6 sahaja untuk post kali ini yang mana saya nak kongsi kebaikannya

Kesimpulannya.

Ada yang cakap MAHAL la, RM220 (bergantung pada umur,jantina dan pekerjaan dan kesihatan). Yer, ini hanya subjectif sebenarnya. ada yang cakap mahal, ada yang cakap murah. Sebagai contoh rm220 (jika kita tengok ibarat anda simpan RM7.30 sehari).

Sekiranya dengan simpan RM7.30 sehari, Allianz dapat tawarkan :

Medical kad 1juta dan (lifetime unlimited) (untuk mendapat rawatan cepat) + Perlindungan pendapatan 50k(untuk anda teruskan hidup tanpa bekerja) dan kematian pun 50k (untuk family). Agak-agak berbaloi tak?..

Lp

Anda boleh menilai sendiri..

Murah atau Mahal??..pada pendapat saya, ianya murah kerana dengan perlindungan sebegini besar dan premium bulanan cuma memerlukan simpan 7.30 sehari (berdasarkan contoh atas). Berbanding anda  menyimpannya sendiri tanpa mengambil insurans, sudah pasti akan susah untuk anda menyimpan sendiri untuk tujuan khas perlindungan ini.

Saya nak kongsi cerita benar lain, saya pernah cadangan quotation (perlindungan pendapatan dan perubatan )pada seseorang ni(bukan sahabat saya zulhilmi yer) dan dia menyatakan tak mampu dan saya percaya, tapi seingat saya, selang beberapa bulan, beliau call saya kerana ingin mengambil insurans dan tergesa-gesa inginkan insurans kerana doktor dapat kesan kemungkinan ada masalah buah pinggang….

dalam hati saya,

Mana boleh nak apply bila dah sakit(jika boleh pun terpaksa exclude buah pinggan tu) dan kenapa tiba-tiba ada duit pula untuk ambil insurans sedangkan hari tu tidak mampu (saya pandang baik, maybe dia dapat sesuatu “besar” dan bersedia untuk ambil insurans). Tapi ianya sudah terlewat.. 🙁 susah untuk saya bantu dia.. 🙁

Kita boleh menipu agen insuran, “tidak mampu” tapi kita tidak boleh menipu diri sendiri yang sebenarnya kita mampu.

NOTE: Quotation di atas adalah benar dan valid buat masa sekarang (tarikh post ini) ianya akan berubah sekiranya:

  • Umur anda meningkat
  • Kos Perubatan Meningkatkan (akan meningkat dari semasa ke semasa). Semua Syarikat insurans akan revised dari semasa ke semasa.
  • Sudah Sakit (akan berubah dengan kemungkinan Syarikat REJECT,MAHAL atau Exclude Penyakit)

Tiada siapa yang suka bercakap dengan kematian, kesakitan dan nasib malang. Secara jujurnya, perbincangan secara terbuka berkenaan perancangan kewangan sekiranya kematian,sakit kritikal yang tidak dijangka dan mengejutkan anda sekeluarga amat penting.

Insurans hayat bukan hanya untuk kematian, sakit dan nasib malang, tapi ianya sangat bagus untuk long-term financial plan.

krwm-financial-plan

 

Sekiranya anda benar-benar tak mampu, dan anda tahu  ini penting, cuba la ambil semampu yang boleh, RM220 ini adalah contoh berdasarkan umur dan faktor tertentu. 

Sementara anda masih SIHAT .

Saya Boleh bantu anda untuk mendapatkan quotation khas untuk anda dengan anda hanya perlu mengisi ruang dibawah ini

Tunggu Respon daripada saya. InsyAllah saya cuba bantu anda.

Facebook saya 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *