Engineer X dan PAJERO part 2

Petikan dari Facebook saya -> KLIK SINI

Kisah BENAR bukan khas untuk Engineer sahaja tapi untuk semua
yang berkerja mahupun yang berniaga.
.
Sekiranya belum baca PART 1 :
sila ke sini dulu -> KLIK SINI
jom saya sambung cerita “Engineer X dan PAJERO” part 2

Saya:”Aha bang, dekat KL rasenya, duk viral gambar kereta
tenggelam dek banjir”
.

DAN
.
+++++++++++++++++++++++
Disini lah bermulanya cerita ,
+++++++++++++++++++++++
.
saya betulkan kerusi mengadap abg tu,
sambil tengok abg tu pun simpan phone dalam begnya.
*(Abg tu dalam umur 30an gitu..)
.
.
Saya : Servis keta ke bang?
.
Abg : Aha, sambil elemen dan balancing tayar

Sambil tengok keretanya.
.
Saya : Selalu ke datang service sini?duk mana bang?
.
Abg : Saya duk USJ, Ini pun adik ipar yang rekeman kedai
workshop ini. Servis keta gak ke?
.
Saya : Aha,servis keta. Abg kerja mana bang?
.
Abg tu agak tersentak, sambil betulkan begnya *(macam ada sesuatu terpendam)..
.
Abg : Erm,..Dulu di XXXXXXXXXXX company, Baru jer kena
MEDICAL BOARD, Tak kerja dah..bulan 3 ritu diberhentikan.
.
Saya : Medical Board? camner tu bang.. *(sebab den tak pernah
kerja dengan BIG Company sebab tu den tak tau)
.
Abg : Diberhenti atas masalah kesihatan, kalau tengok muka saya
nie, mulut cakap sengit sebelah, tempurung kanan kepala abg
ini guna tempurung plastik, 7 bulan ICU, 3 Bulan KOMA, kira-
kira dekat 1 thn gak lak cuti sakit.
*(sambil tunjuk kepalanya belah kanan)
.
Terdiam den, sambil tengok bahagian kepalanya..
*(kesan operate dah ditutup rambut)
.
Saya : Oh,Abg eksiden ke?
.
Abg : Aha balik dari kerja naik moto..kena langgar lari..PAJERO
langgar, PAJERO tu terus belah camtu jer.
.
Saya : Abg kat company XXXXXX, tu company gergasi gak kat
Malaysia *(saya taknak dedahkan company mana),
kerja sebagai apa bang?
.
Abg : Engineer,abang dah kerja 10 tahun dah kat situ,erm…bila gini
senang2 jer nak berhentikan abg kerja.
ko bayangkan..macam habis madu sepah dibuang..
.
Den mengiyakan cakap abang tu, tanya lagi..
.
Saya : Abang memang takleh kerja ke?
.
Abg : Boleh, tapi doktor cakap abg takleh buat kerja yang banyak
berfikir..lepas kuar hospital, sambung kerja, dua kali masuk
hospital balik sebab sawan.. so company ambil jalan mudah
terpaksa berhentikan abg kerja…Medical Board..
.
Dalam hati ni, perghhhh company gergasi kot.. pendek kata kalu nak buh minyak keta tu..memang antara paling banyak stesen kt Malaysia.. kerja class professional senior ENGINEER, bukan cikai2 dan kena banyak berfikir…sebab den pun bekas engineer dulu..(baru nak start tanya abg tu balik..abg tu sambung)
.
Abg : Bayangkan, company besar camtu pun bleh buat gini kat
saya, yang dekat 10 tahun berkerja. so, sekarang tengah cari
kerja la, dah 20company saya hantar resume..satu pun belum
panggil interview….
.
Saya : InsyAllah bang, nanti ada la tu..
.
Abg : tu la, Sekarang abang nak cari INSURANS la, untuk abg dan
family..
.
*(den agak mesti untuk support perubatan dia dan cover family dia, klu tak dia takde nak carinya)
.
*Kebetulan den dalam bidang insurans gak, den bagi jer pendapat berdasarkan pengalaman..
.
Saya :Abg, maaf yer..saya pun dalam bidang insurans, base on
pengalaman saya, memang susah nak lepas sebab abg dah
tak sihat, tapi kita boleh try kemungkinan kena reject atau
exclude sakit abg ni,dan kalau anak-anak abang, memang
boleh sekiranya sihat. Abg memang takder insurans ke masa
kerja ritu??
.
Abg : Ada, tapi company punya..bila dah berhenti, medical kad
kena return balik la.. ko buat insurans apa?coverage
macamane? *(beriya-iya dia nak tau)
.
*(Den nak cite kat dia pun serba salah, klu dia tahu pun tapi peluang untuk apply tu susah..)
.
Saya : saya under ALLIANZ bang, Coverage klu medical kad kami
cover dalam 1 JUTA tahunan,Had seumur hidup UNLIMITED.
erm…Abg still dalam rawatan kan? follow up hospital..
.
Abg : Aha, sebulan sekali, last abg g, bulan 3 lepas sebelum kena
berhenti kerja. sekarang abg dah tak g dah sebab tanya
doktor ritu, bill yang last check hari dekat 2k ++, abg tak g dah
la dari bulan 3 ritu lagi.. , Masa KOMA and ICU ritu nasib baik
company ada bg insurans medical kad. Tapi sekarang dah
takder..tu yang ingat nak ambil insurans tu..
.
*(den tertanda tanya gak, kenapa abg tu tanya doctor bill berapa? dan terus tak g check untuk bulan seterusnya, dantercari-cari insurans untuk cover, sure berkaitan dengan KEWANGAN, yerla mana survive lagi dengan takder kerja, komitmen sana sini dan TAMBAH komitmen baru berkaitan medical lak)..memang pening..
.
Abg : Kenapa erk insurans dah takleh apply bila gini?? bukan ke
time nie ke insurans boleh amik…
.
*(persoalan sama yang kebanyakan orang luar sana)
.
Saya : bang, maaf bang..sebenarnya camnie..insurans ini dia lebih kurang gini, bahasa mudah faham..satu tabung yang mana ramai2 yang join insurans..bulan2 mereka akan dimasukkan dalam tabung ini.

Ini bukan tabung sendiri, tabung bersama(yang ambik insurans yang masih sihat)..BILA, salah seorang yang dah ambik insurans tu sakit dan memerlukan rawatan perubatan..tabung ini yang akan bantu..

jadi, jika tiba2 yang nak join insurans tu, dah sakit…join jer sebulan jer..terus claim ribu2..macamana2 tabung ini nak berkembang..sebab tu orang yang sihat, digalakkan join insurans..
.
*(Den tak nak ulas panjang2 sebab tengok muka abg tu dah lain,..)

Allianz

Saya :
Abg, Abg kira okay lagi bang, dulu kerja di company besar..tiba2 kena gini dan masih peluang kerja lagi, Ada orang lain tu..kerja biasa2, tapi kena lebih teruk dari abg, dah tak boleh kerja dah..kena berhentikan kerja dengan saguhati gaji sebulan dua jer ada tu tak bagi langsung..abg kira ok lagi..

*(Den cuba naikkan semangat abg ni balik, sebab bila cita bab insurans,,dia cam down nampak cam mungkin sikit kesal
sebab terlewat ambik)

Abg :..tu la..*(sambil mengangguk)

Tengah rancak kami borak, Tokei tu panggil cakap kereta sudah siap servis, sempat gak la bertukar contact
dengan abang tu..
.
Note : Siapa sangka, dengan kestabilan kewangan seorang senior engineer berubah serta merta selepas dilanggar lari dan dalam kes ini, abg ini tak sempat apply insurans dan sekarang tgh survive…
.
============
Moral story sini
(cerita ini bukan rekaan semata-mata, kisah BENAR yer)
============
.
+Kerja kat BIG COMPANY pun boleh kena pecat atas masalah kesihatan (kalau kita kerja company biasa2 agak2 camne?)
.
+Dah ada medical kad company pun kena RETURN balik lepas diberhentikan kerja (Pastu baru nak cari insurans?susah dah)
.
+Kita boleh YAKIN (kononnya takkan kena sakit yang berat2), Tapi kita boleh confident TAK? takkan ACCIDENT walaupun
kita ikut 100% peraturan jalan, orang lain ikut peraturan tak?.
(dalam kes kat atas, kena langgar lari di trafik light, PAJERO tu langgar lampu merah terus langgar abg tu time balik kerja)
.
+Jangan Nak salahkan company tempat kerja,kalau diberhentikan atas faktor ini, andainya kita sendiri boss, mungkin
perkara sama kita akan lakukan.
.
+Sediakan TABUNG kecemasan(insurans) sementara masih sempat. smile emoticon,
==============
Note : Tiada bertujuan nak mengutuk company XXXXX,benefit yang dibagi memang terbaik, tapi bila jadi begini,..mana-mana company pun SAMA.
.
Jadi Persediaan Awal perlu dibuat, Saya doakan yang membaca perkongsian ini dijauhkan dari segala keburukan dan terus membuat persediaan awal.
.
.
Sekiranya kisah nie memberi kesedaran dan pengajaran pada anda dam untuk orang lain, Saya izinkan anda SHARE post ini, untuk sama2 menjadi peringatan.
.
Anda di izinkan untuk SHARE cerita ini pada semua. tq
.
www.lifeprotectionmalaysia.com
Solah Sabri (019 365 8674)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *