Kisah Benar : Kenapa Melayu Abaikan Insurans Hayat??

Assalammualaikum dan hai, Post kali ini saya nak share berkenaan :

Artikel Melayu Tak Ambil Insurans

Walaupun Post Akhbar ini bertarikh lama, tapi sehingga sekarang masih ramai yang orang MELAYU yang pandang sebelah mata jer dengan perlindungan insurans:

Antara faktor yang nya adalah kerana faktor AGAMA dan KEKELUARGAan dan Masyarakat:

KeAgamaan

Hampir semua orang melayu beragama ISLAM,

Islam

dan ramai yang beranggapan:

” isu soal mati, sakit semuanya ketentuan ini ditangan Tuhan dan kita sebagai manusia tak perlu fikir bila,dimana dan bagaimana kita mati kelak (urusan dunia) dan cukuplah teruskan hidup dalam nilai keislaman.”

“Ambil perlindungan insurans seperti tidak percayakan perlindungan daripada Allah s.w.t.”

Saya sangat setuju dengan teruskan nilai keislaman dalam hidup kita, InsyAllah, kita sentiasa dilindungiNya.

Letakkan perlindungan direct pada Allah s.w.t, dan pada masa yang sama kita berusaha menyediakan bekalan yang sepatutnya.

Sama seperti dalam rezeki ” Allah dah tentukan rezeki kita dan kita di wajibkan berusaha  dan selebihnya berserah kepadaNya”

Cuma saya apa yang nak kongsikan sebenarnya fungsi perlindungan insurans:

Insurans hayat secara mudah fahamnya adalah tabung kecemasan untuk persediaan kita sekiranya terjadi Kematian dan menghidapi Sakit Kritikal atau kemalangan melibatkan tak mampu lagi berkerja: Tabung ini lah yang kita akan guna sekiranya berlaku 3 perkara ini.

Kematian?? Tiada siapa boleh lari..

Penyakit Kritikal?? Tiada Siapa Kebal dari sakit..(orang kaya pun boleh sakit derr..)

Kemalangan?? Tiada siapa boleh elak sekiranya ditakdirkan berlaku..

Insurans bukan jaminan untuk anda tidak akan mati,tidak akan sakit atau tidak akan kemalangan, tapi ia bantuan dari segi keperluan kewangan (dari segi pendapat dan perubatan) dan mengurangkan risiko masalah kewangaan yang bakal hadapi oleh anda dan keluarga anda kelak.

Saya bagi contoh lagi, pakai topi keledar/tali keledar semasa menaiki kenderaan, kenapa anda pakai?

helmet terbalik

1)Takut Polis??Takut Kena Saman?? (tali keledar/topi keleder bukan dia cipta untuk hilangkan ketakutan ketika ditahan polis atau mengelak saman daripada polis)..setuju??

Apa fungsi sebenarnya? untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. setuju??

Sama seperti insurans hayat, untuk mengurangkan risiko kewangan anda dan keluarga sekiranya berlaku, Kematian,Cacat Kekal akibat kemalangan (tak mampu berkerja) dan Sakit Kritikal.

KEKELUARGAAN

– Sekira berlaku kematian atau sakit kritikal mahupun cacat kekal (tak mampu berkerja) lagi, kebanyakan orang melayu, sudah tentu dapat bantuan dari saudara mara dan ahli keluarga.

Mereka semua akan bantu aku sekeluarga sekiranya apa-apa berlaku, janji kita buat baik dengan mereka”

Alhamdulillah, kita sentiasa wajib berbuat baik kepada semua orang terutama keluarga, tapi sekiranya berbuat baik dengan berharapkan bantuan dari mereka kelak, itu salah, berbuatlah baik tanpa mengharapkan bantuan dari manusia, haraplah bantuan dari yang ESA, itu lagi terjamin.

Ahli keluarga (ibu ayah dan adik beradik dan saudara mara),semuanya akan bantu anda selagi mampu, tapi perlu ingat, mereka juga ada tanggungan, mereka juga ada impian yang memerlukan wang. mungkin mereka boleh bantu anda sekali dan bukan setiap bulan, cuba letak anda di tempat mereka, mereka perlu bantuan kewangan dari semua saudara-mara.

Family

Adakah anda dapat bantu mereka setiap bulan?..bagi setiap bulan rm400-500 boleh? sekiranya boleh, Alhamdulillah dan ada yang boleh tapi terpaksa kurangan perbelanjaan anda sekeluarga sendiri, selalu simpan untuk keluarga sendiri rm500-600 (sebulan), tiba-tiba hanya boleh simpan 100-200 jer kerana bantu ahli keluarga ada, perbelanjaan anak-anak terpaksa cut-cut dan lupakan hasrat nak beli kereta baru, buat bayaran loan rumah, semata-mata bantu saudara mara yang sakit,kematian ketua keluarga. Anda sanggup ke macam tu?

 

Jangan Salah Faham dengan saya, bukan bermaksud jangan bantu, cuma nak memberi kesedaran kepada anda hanya boleh bantu semampu yang boleh. Sekiranya anda pun tak sanggup untuk cut sana-sini kewangan keluarga anda untuk bantu saudara anda. JANGAN fikir, saudara-mara anda sanggup cut-cut juga. Mereka pun sama seperti anda, ada anak isteri dan komitmen dan impian yang diUTAMAkan selama ini. Bagaimana Mereka boleh bantu anda?

Masyarakat

– Orang kita fikir nak mudah terutama MELAYU, Sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak ingin, orang sekeliling pasti membantu. Mereka pasti akan bantu kita dengan DERMA kilat,

Derma Kilat

Dinafikan, pasti masyarakat akan bantu anda, sekiranya anda menghidap penyakit kritikal dan terpaksa melakukan rawatan dan memerlukan kos PULUHAN ribu. Dan derma kilat di jalankan, persoalan saya..ada jaminan ke derma kilat dapat kumpul puluhan ribu?(untuk perubatan dan sara hidup anda).. sekiranya tak dapat, anda nak mengamuk ke?Anda nak merayu dengan orang ramai?

Saya berikan contoh sekiranya sakit, sekiranya kemalangan berlaku, lumpuh atau hilang anggota badan sehingga tak mampu berkerja dan di berhentikan kerja. Boleh ke mereka bantu anda tiap-tiap bulan?.. anda sudah terbiasa hidup (komitmen sana-sini) dengan gaji 2-3k sebulan. Tiba-tiba terjadi kemalangan tak mampu berkerja dan bantuan kewangan cuma RM500 (contoh jer) sebulan, itupun jika dapat bantuan setiap bulan. Bagaimana anda nak selesaikan komitmen anda selama ini? Nak bayar itu ini..  🙁


 

Saya Menulis artikel ini bukan menuduh semua MELAYU begitu, Tapi sebilangan besar masyarakat melayu yang NEGATIF berkenaan Insurans Hayat, Saya berharap anda yang membaca artikel ini tidak begitu dan sekiranya belum mempunyai perlindungan kewangan (Pendapatan dan Perubatan). Ambil la segera sementara masih sihat.

Hubungi saya  untuk bantu anda.

Atau Saya Hubungi Tuan/Puan Dengan mengisi maklumat dibawah

Tunggu Respon daripada saya. InsyAllah saya cuba bantu anda.

Share artikel ini sekiranya dapat membantu Pasangan anda/Rakan mahupun Saudara anda 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *