Medical Insurans Company Vs Medical Insurans Sendiri

TEMPOH BACAAN CUMA 5 min, beri peluang untuk diri anda faham berkenaan ILMU yang penting ini, bukan untuk saya, tapi untuk anda, keluarga anda dan yang tersayang… semoga bermanfaat 🙂

Salam, Post untuk kali ini saya nak kongsikan berkenaan Insurans Company VS Insurans Sendiri yang mana rata-rata pandang sebelah MATA sahaja bila sudah ada insurans company. Ada yang yang cakap :

“Dah ada insurans company, takyah pening kepala pikir insurans lagi”

“Tak Payah buang duit ambil insurans sendiri, company dah cover kot..”

hehe..andaian TANPA ilmu untuk menyenangkan hati sendiri.

Sebelum itu, Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana anda sudah sediakan perlindungan insurans (medical) untuk anda oleh company anda, KERANA anda berkhidmat untuk mereka dan tidak semua tempat yang kita berkerja diberikan insurans (medical)  tapi sekiranya tempat kerja anda tidak menawarkan insurans untuk anda. (anda WAJIB tahu kenapa perlu ada insurans sendiri).

Yang dah ada insurans dari company tu dah boleh senyum TAPI nanti dulu.. saya nak kongsikan sikit  sebab kenapa perlu juga insurans sendiri ( berikan masa untuk anda sendiri faham sebab yang saya akan kongsikan). Ok Saya berikan situasi “Perfect Insurans”:

Situasi “Perfect “~Insurans Dari Company

1)Company aku cover insurans untuk aku, isteri dan anak-anak dengan medical  (unlimited) dan 2)aku akan kerja sini sampai pencen

                  1.”Company aku cover insurans untuk aku, isteri dan anak-anak dengan medical  (unlimited)”

Sebelum tu, TAHNIAH sebab di cover Unlimited termasuk anak isteri (Walaupun ada limit sebenarnya) tapi

Soalan saya , Betul ker UNLIMITED? sudah tengok ke buku polisi yang dinyatakan Unlimited untuk perubatan tu?

(kalau hanya dengar ofismate cakap jer tanpa hitam putih..anda akan susah nanti, anda boleh pastikan segera )..takut nanti benda kurang baik berlaku dan tiba-tiba ada limit pulak tu sedangkan anda selama ni yakin dengan unlimited tu. Anda nak mengamuk satu ofis ke??

Anda nak salahkan BOSS?

Anda nak salahkan kawan Ofismate yang cakap Unlimited tu?

Andaian terlambat  bersedialah “duit anda” sendiri untuk bayar kos medical nanti.. 🙁

Wang Simpanan

a) Tidak, Solah saya dah check polisi dari company saya rupanya ada limit 50k, ok kan?

~saya nak tanya anda pernah tengok keratan akhbar berkenaan kos rawatan? saya share skit:

Berita 60k

Andainya anda sudah berkeluarga, rm50K bahagi 5orang (anda, isteri dan 3 orang anak), Sorang 10k, cukup ke tak? 🙁

Ada boleh nilai sendiri.. 🙂

b)Ya, Solah Memang Unlimited la..so tak perlu ambil insurans sendiri dah kan?

~Tahniah, susah nak jumpa company yang boleh bagi insurans KERANA berkerja dengan mereka.. Tapi , sekiranya anda sakit dan memerlukan cuti yang panjang untuk menjalani rawatan ( 2-3 bulan)..dan kerap cuti akibat kesihatan. Adakah Company anda akan masih berikan manfaat pada anda yang TIDAK lagi mampu membantu syarikat mereka? andainya anda BOSS di tempat kerja anda, dan ada staff anda sakit (Production Kerja) menurun sedangkan anda terpaksa tanggung kos rawatan beliau. Apa yang anda akan lakukan?

Jalan Terakhir adalah , Terpaksa berhentikan anda dan adakah insurans akan ditanggung oleh company anda lagi??..ini lah LIMIT untuk anda.

Masa tu, baru kalut-kalut nak apply insurans untuk sendiri dapat tak? (Untuk pengetahuan anda, insurans boleh di pohon berdasarkan 2 perkara iaitu, Caruman (bayaran bulanan) dan Kesihatan anda. Tapi Kesihatan anda masa tu camner?..tak kisah caruman setahun terus atau 3 tahun terus..(pihak insurans akan reject permohonan anda).  Masa tu, dimana sumber kewangan anda untuk perubatan dan pendapatan (diberhentikan kerja sebab tak produktif) ?… bagaimana dengan keluarga anda?

Family

Fikirkan sejenak, andai ia boleh berlaku pada orang lain, tak mustahil kita pun. Buatlah persiapan andainya( minta saya dan semua pembaca blog saya dijauhkan) berlaku..sekurang2nya kita masih sumber kewangan untuk perubatan dan pendapatan (insurans)

                     2.”aku akan kerja sini sampai pencen sebab company cover satu family UNLIMITED”

kerja smpi pencen

Wah, ini kalau boss company anda dengar mesti bangga dan sayang pada anda. berkerja sampai pencen. tapi kita tak boleh jamin yang kita boleh kerja sampai pencen, dan sekiranya sampai pencen pun, bagaimana perlindungan perubatan (medical) selepas itu? adakah company anda akan tanggung selepas pencen?

“haa solah, nak dekat pencen saya ambil la Insurans ini..buat masa ini tak payah lagi”

ok, itu pendapat anda, tapi anda kena tahu, insurans pada usia yang tua adalah besar carumannya dan untuk dapat perlindungan lengkap memang susah melainkan (gandakan caruman + Kesihatan anda). Kenapa macam tu?, sebabnya pada usia berkenaan risiko untuk terkena sebarang penyakit tinggi dan caruman pun turut tinggi.

Kesimpulan Insurans Company VS Insurans Sendiri:

Sebagai kesimpulannya, sekiranya anda mempunyai insurans dari company anda, Alhamdulillah, anda dapat perlindungan PERCUMA dari company anda dan ambilkan insurans untuk sendiri sekiranya anda :

  • Tak boleh Confirm akan sihat selalu
  • Tak boleh Confirm tidak akan dibuang kerja sebab cuti selalu(sakit)
  • Tak boleh Confirm boleh kerja sampai pencen (langit tak selalu cerah.. 🙂 )

Kerana di Allianz Life Protection Malaysia memberi perlindungan sehingga umur 90tahun dan Tiada Had Pengunaan seumur hidup. Faedahnya sangat besar dan dapat membantu anda sekiranya perkara yang tidak diingin berlaku dan selamatlah wang simpanan anda dan wang anak isteri anda..itu yang penting kan??? 🙂

Takleh nak confirm

Persediaan Sekarang perlu dilakukan kerana segala kebarangkalian boleh berlaku. Lagi susah sekiranya anda tak pasti untuk bekerja di tempat kerja sekarang sampai pencen atau tak dan medical insurans anda ada limit (yang saya pasti tidak mencukupi untuk anda). Sediakan payung sebelum hujan, bila dah hujan, dah basah..baru nak cari payung..ada fungsi ke payung masa tu?

Hubungi saya sekarang (019 365 8674- Solah)untuk saya bantu anda berkenaan perlindungan pendapatan dan perubatan untuk anda sekeluarga

Ikhlas

Solah Sabri

019 365 8674

Atau Saya Hubungi Tuan/Puan Dengan mengisi maklumat dibawah

Tunggu Respon daripada saya. InsyAllah saya cuba bantu anda.

 

Share artikel ini sekiranya dapat membantu Pasangan anda/Rakan mahupun Saudara anda 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *