WAJIB Baca :9 Sebab Orang Kita TAK SUKA Insurans Hayat

9 Sebab Orang Melayu TAK SUKA Insurans Hayat:

Salam dan hai, kali ini saya nak share 9 sebab Kenapa Orang Kita Tak SUKA insurans :

 

1)Tak kenal dan Tak Nak Kenal pun insurans

  • Tak Kenal maka tak cinta, Dulu saya seperti anda, tak tau pun apa itu insurans sebenarnya dan untuk makluman anda, sebelum menjadi ejen insurans lagi saya dah umum sebarkan kepentingan insurans. Dan ramai yang dah buka mata lepas kenal dan tahu kepentingan insurans.
  • Yang Tak Nak Kenal pun tu lagi SEDIH, mereka ini la yang akan marah ejen insurans kita :

Sebelum: “Saya taknak dengar pun, buang masa jer tuan terangkan pada saya”

Bila terkena Sakit/Kemalangan yang memerlukan WANG yang banyak.

Beria-ria nak jumpa orang insurans nak Apply dan PASTI kena Reject :

“Apa insurans nie, time bila orang susah gini la tak leh apply la, apa la…aku dah agak insurans nie nak menipu nak yang sihat jer..bla bla “

Note : Insurans Hayat hanya boleh di Apply ketika SIHAT sahaja. (semua insurans di planet bumi hanya terima yang sihat sahaja).

2)Suka mengharapkan ihsan orang

Yer, Kebanyakan dari kita, suka mengharapkan ihsan dari orang terdekat mahupun dari masyarakat sekeliling.

” Ala kita susah, nanti ada la yang tolong,”

” Kawan-kawan Abang ramai,  dan abang baik dengan diorang, sure diorang akan tolong”

Terlalu mengharapkan ihsan orang lain tanpa berusaha sendiri tu betul ke?

Insurans untuk protect kewangan anda (sekiranya anda tak mampu berkerja lagi) akibat kemalangan dan sakit kritikal. Lagi baik anda buat persediaan awal tanpa mengharapkan ihsan dari orang.

Contoh Lain, kenapa anda berkerja? kenapa anda berniaga? dah tentu jawapan mencari wang untuk penuhi keperluan hidup. Kenapa tidak mengharapkan ihsan orang lain jer bantu kita tiap-tiap bulan??

Note : Orang luar sana akan bantu anda tapi mereka ada LIMIT juga, mereka ada tanggungjawab juga. Saya nak tanya anda. Anda ada bantu orang luar sana tiap2 bulan? jika ada, Alhamdulillah..tapi sudah pasti ada hadnya sebab ada pun ada komitmen lain juga.

3)Bertanya+Percaya tidak pada tempatnya

“Ala Insurans ini tipu la, member aku hari tu eksiden, masuk hospital bayar sendiri gak “ Kata si Amri pada si Mamat. Dan si mamat pulak percaya.

Saya sedih gak bila info yang tak confirm. Di sebar-sebar tanpa usul periksa dan di telan bulat-bulat oleh si tukang dengar.

Dalam Kes di atas :

Member yang eksiden tu betul ke amik insuran ? Insurans apa? Insurans tu ada medical card tak?

Jika ada medical card, sure boleh masuk hospital dengan guna medical kad. Yang kes member si Amri kemungkinan beliau ambil insurans untuk PA (Personal Accident) yang mana tidak mempunyai medical card.

So, bertanya la pada tempatnya.. 🙂

4)Sanggup berSenang Dulu,TAK Bersedia untuk susah kemudian.

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” ,

biasa dengar tak ayat atas ni?

Orang kita, secara umum nya, termasuk saya sendiri. Siapa yang nak susah? tapi dikala senang itu, kita tak bersediapun untuk susah. Saya berikan contoh, (contoh ini kerap saya kongsikan pada kawan-kawan). Ianya berkenaan tayar spare. Apa kegunaan tayar spare?..soalan mudah..tapi jika nak kira. Kenapa perlu dibawa ke hulu hilir tayar spare tu?..

Kenapa tak tinggalkan jer tayar spare tu di rumah. 🙂

PASTI yang jawap, “untuk stanby la, kot2 pancit ker..tak ke naya.”

ianya sama macam insurans (DUIT Stanby) sekiranya anda, anak dan isteri anda sakit. Dah ada ke duit stanby tu?.

Note : Buat la kira-kira sikit, jangan terus cakap aku tak mampu ambil insurans tanpa buat kira2.. saya sendiri awal awal dulu terus buat kira-kira dan niat dalam hati, biar susah sikit nak berkomitmen tiap-tiap bulan, sebab taknak betul-betul susah nanti. Hubungi saya sekarang untuk saya bantu anda . 🙂

5)Kurang Ilmu Kewangan.

Kurang Ilmu kewangan

Kurang ILMU kewangan, Ilmu ini memang tiada diajar di sekolah secara formal, Bagaimana pengurusan kewangan yang betul.

Yang Biasa dan Anggapan Tanpa ILMU selalunya, simpan duit dan terus kepada pelaburan..ini betul ke?

Yup ada dalam pengurusan kewangan tapi ada juga elemen pengurusan RISIKO kewangan (Insurans). Pergi la tanya sapa-sapa yang power bab financial planning..apa yang diorang cakap.

Ada ILMU,InsyAllah kewangan kita lebih stabil dan lebih kukuh.

6)Sebab Mahal 

Buying insurance

Brader..manatau mahal? 🙂

Cuba dulu tengok, berdasarkan UMUR, JANTINA ,PEKERJAAN dan MEROKOK (status merokok atau tidak),

Kadang-kadang saya tengok, ada jer mereka cakap tak mampu tapi tengok perbelanjaan+ cara mereka cakap “aku hujung minggu, tiap-tiap kali keluar mesti makan tempat high class” bila sentuh bab perlindungan kewangan, “sorry aku tak mampu “…hehe bagi saya, nak tergelak pun ada, kesian pun ada.

Dia belum pernah tau lagi, Saya nak kongsikan lagi,

Kisah Benar : Si isteri merayu-rayu untuk apply insurans untuk menanggung kos rawatan si suami(kemalangan) sampai sanggup bulan-bulan rm500 sebulan, janji leh apply insurans dan guna terus untuk pembedahan.

Kerap kali saya kongsikan, insuran adalah satu tabungan yang mana sapa yang join berhak dapat bantuan, yang mana boleh join ketika sihat sahaja.(semua insurans camtu.. ).

Kenapa sanggup sampai rm500? bukan ke mahal?..sebab dia tau yang kos untuk tanggung suami dia (jika tak salah lebih kurang rm15k)

Cuba celik minda dan tengok mereka yang telah terlambat dan kami memang tak mampu nak tolong. Macamana kami nak tolong.. 🙁

7)Aku Sihat (Tak pernah sakit teruk hingga hari ini)

Alhamdulillah.. Sapa yang nak sakit kan? Saya nak kongsikan lagi cerita (kisah benar). Beberapa tahun lepas, saya Jumpa seorang kawan dan saya kongsikan kepentingan insurans dan dia cakap ” saya dari kecil sampai sekarang tak pernah masuk hospital “ .

Alhamdullillah walaupun beliau tak pernah masuk hospital, tapi beliau masih lagi buat persediaan sekiranya sakit, beliau mahukan rawatan yang baik dan tempat yang selesa TANPA perlu habiskan banyak duit SIMPANAN sendiri untuk semua itu.

Semua tidak dirancang, Seingat saya selang beberapa bulan, beliau jatuh sakit (batuk berdarah..) dan beliau sekarang sudah sembuh dan di cover sepenuhnya oleh Allianz Life Insurance. Syukur Alhamdulillah beliau dah apply insurans sebelum sakit(selamatlah duit dia dan duit suami dia.. 🙂 )

Apa yang saya nak kongsikan, jangan terlalu yakin kita tak akan sakit,tak aku tak akan kemalangan (minta di jauhkan). Cuma Persediaan untuk menghadapi keperluan kewangan yang besar perlu ada. 🙂

8)Ada lagi yang lagi PENTING dari Insurans

Betul tu, insurans kena ambil tapi jangan sampai tak makan.

Banyak lagi benda settlekan dulu.

Makanan Minum, Loan Rumah/kereta, Belanja Anak-anak.

Memang tak dinafikan jika saya ditempat anda. Saya pun sama tapi setelah kira-kira itu ini dan saya AKAN ambil kira insurans yang sepatut  ada untuk stanby wang (sekiranya tidak mampu bekerja lagi).

Wang ini untuk tampung Makan Minum, Loan itu ini dan komitmen2 yang lain yang mana kita anggap LEBIH penting dari insuran.

Insurans ini Sebagai Backup kepada simpanan anda (Sekiranya Sakit atau Tak Mampu berkerja lagi akibat kemalangan)-+ Boleh Guna Duit Insurans untuk teruskan hidup sementara biasakan hidup ketika tak mampu berkerja lagi.

9) Mereka Buta dan Pekak.

Yer, Boleh melihat dan boleh mendengar tetapi mereka butakan mata dan pekakkan telinga dengan apa-apa perkara berkaitan dengan insurans.

Ejen : ” Tuan, ini boleh bantu..bla bla sekiranya tuan hadapi kemalangan atau sakit”

Si Buta/Pekak : “yer yer..betul tu, erm setuju…” fikiran melayang malas nak fikir.

Ejen : “Tuan boleh tengok keratan akhbar ini,.. ” Tengok di TV tengok di FB (kadang2 ramai2 duk share untuk dapatkan bantuan kewangan”

Si Buta/Pekak : ” Aha yer..tu la kan..” fikiran erm whatever la wahai ejen..

(saya bukan menuduh semua yer, tapi kebanyakan..), Kadang-kadang kesian pulak ada sebab masih buat-buat tak tahu berkenaan kepentingan insurans ini.

Kesimpulan, Saya harap anda bukan tergolong dalam kategori di atas dan sekiranya ada pertanyaan berkenaan insuran hayat, saya amat alu-alu kan untuk terus bertanya pada saya selagi belum terlambat.

Hubungi saya untuk bantuan  +6019 365 8674 (Solah Sabri)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *